Sunday, February 13, 2011

Kisah My Balik Pulau.....

Sekadar nak kongsi dan renungan bersama, bahawa orang melayu semakin di perbodohkan dengan cubaan menyeleweng dan menghina sejarah orang melayu di Pulau Pinang. Tak lain dan tak bukan itulah agenda utama si DAP lakhanat .... tapi saya cukup kesal dengan ideologi segelintir orang-orang melayu yang masih taksub menyanjung dan mengagung-agungkan pemimpin2 DAP ni..... cukup la tu....
Presiden Gabungan Mohamed Nordin Mohd Nor berkata risalah itu dengan sengaja cuba melupuskan sejarah awal orang Melayu di Pulau Pinang dan boleh mengelirukan generasi muda khususnya pelajar sekolah.

“Kami rasa amat kecewa dengan maklumat yang terkandung dalam ‘My Balik Pulau’, banyak penyelewengan fakta sejarah dan boleh mengelirukan, ini sangat bahaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata majalah itu juga seolah-olah menghina orang Melayu asal Pulau Pinang serta mempunyai motif politik dan perkauman yang tidak sihat.
Gabungan yang dianggotai oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berpusat di Pulau Pinang itu juga menggesa kerajaan negeri supaya membuat kenyataan bagi menerangkan kepada rakyat bahawa terdapat pemalsuan fakta sejarah dan penghinaan kepada orang Melayu dalam risalah “My Balik Pulau”.
Empat NGO yang bergabung dalam Gabungan ialah Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Badan Anti Islam Liberal (Badai), Islamic Provocation International Society (IPIS) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang. Risalah “My Balik Pulau” mengandungi 12 muka surat diterbitkan oleh Arts-ED dan Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang.

Ia ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan Syarikat Telekomunikasi DiGi.
Selain menggunakan maklumat yang salah, artikel berkenaan juga didakwa menghina orang Melayu di Balik Pulau yang dikatakan pelarian perang dan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.
Mohamed Nordin berkata jika kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan, perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat. — Bernama
Malang nya si Lim Guan Eng menafikan penglibatan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang dalam pengedaran risalah rasis ini.

No comments:

Post a Comment