Monday, April 18, 2011

Gambar Khalid Samad Di Majlis Persaudaraan Kristian



Siapa tak kenal dengan Insan bernama Khalid Samad???????

Jika anda ke Shah Alam dan anda tanya orang nama Khalid Samad orang tak kenal atau orang tak akan jawab, tapi kalau anda sebut nama Khalid Gereja orang akan terus kenal.

Selepas itu kita dikejutkan pula dengan perjuangan Khalid Gereja memperjuangkan agar Kalimah Allah digunakan oleh orang-orang kristian.

Kemudian semasa PRK Sibu, Khalid Gereja masuk ke gereja-gereja seluruh Sibu untuk berkempen bagi pihak DAP.

Yang terbaru pula semasa PRN Sarawak minggu lepas, kristian tetap di hari Khalid, dia memilih untuk sama-sama hadir majlis persaudaraan kristian yang diadakan di Hotel Kingswoods Inn , Kuching bersama dengan calon-calon DAP dan Theresa Kok.

Itu lah Khalid Samad......

Thursday, March 10, 2011

Alahai..... Saifuddin Abdullah.....

Timbalan Menteri  kepada bloggers, "You all not intellegent, this is a new politic" dan "Jangan sampai I balun you all bloggers. Tunggu masa saja".  Selain itu beliau turut memuji kandungan Buku Jingga yang diterbitkan oleh puak-puak pakatan Haram.
cerita lanjut sila lawat www.parpukari.blogspot.com

Saya agak kecewa dengan kenyataan seorang timbalan menteri yang mengecam blogger2 yang pro kepada kerajaan Barisan Nasional. Jangan biarkan Duri dalam Daging ini terus menjadi barah kepada kita semua. Kepada pucuk pimpinan parti, sila siasat....

p/s nasib baik Saifuddin Abdullah, Kalau Saifuddin Kandar dah lama kena siku ni....

Sunday, February 13, 2011

Kisah My Balik Pulau.....

Sekadar nak kongsi dan renungan bersama, bahawa orang melayu semakin di perbodohkan dengan cubaan menyeleweng dan menghina sejarah orang melayu di Pulau Pinang. Tak lain dan tak bukan itulah agenda utama si DAP lakhanat .... tapi saya cukup kesal dengan ideologi segelintir orang-orang melayu yang masih taksub menyanjung dan mengagung-agungkan pemimpin2 DAP ni..... cukup la tu....
Presiden Gabungan Mohamed Nordin Mohd Nor berkata risalah itu dengan sengaja cuba melupuskan sejarah awal orang Melayu di Pulau Pinang dan boleh mengelirukan generasi muda khususnya pelajar sekolah.

“Kami rasa amat kecewa dengan maklumat yang terkandung dalam ‘My Balik Pulau’, banyak penyelewengan fakta sejarah dan boleh mengelirukan, ini sangat bahaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata majalah itu juga seolah-olah menghina orang Melayu asal Pulau Pinang serta mempunyai motif politik dan perkauman yang tidak sihat.
Gabungan yang dianggotai oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berpusat di Pulau Pinang itu juga menggesa kerajaan negeri supaya membuat kenyataan bagi menerangkan kepada rakyat bahawa terdapat pemalsuan fakta sejarah dan penghinaan kepada orang Melayu dalam risalah “My Balik Pulau”.
Empat NGO yang bergabung dalam Gabungan ialah Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Badan Anti Islam Liberal (Badai), Islamic Provocation International Society (IPIS) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang. Risalah “My Balik Pulau” mengandungi 12 muka surat diterbitkan oleh Arts-ED dan Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang.

Ia ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan Syarikat Telekomunikasi DiGi.
Selain menggunakan maklumat yang salah, artikel berkenaan juga didakwa menghina orang Melayu di Balik Pulau yang dikatakan pelarian perang dan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.
Mohamed Nordin berkata jika kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan, perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat. — Bernama
Malang nya si Lim Guan Eng menafikan penglibatan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang dalam pengedaran risalah rasis ini.

Monday, February 7, 2011

Pasir di Selangor



Ya allah bukakan hati-hati penjawat yang menguruskan khazanah negeri selangor ini....
janganlah nanti sungai-sungai di kawasan Hulu Langat / Bangi ini menjadi sungai maut dan merbahaya pada penduduk dan seterusnya ada pemilik-pemilik tanah yang dekat dengan sungai hanya ada geran tanah aje sebab tebing sungai mula rebak dan makin luas.
Lepas ini masaalah JPS menaggung kos pembersihan sungai dan jambatan akan runtuh sebab tebing tidak selamat. Yang berbaru penyangak pasir merompak